Pages

Monday, November 10, 2014

Virus Nipah

Keratan akhbar Sinar Harian 10/11/2014:


"Virus Nipah: Wabak misteri di N9 kejutkan negara

AWAL tahun 1999. Seorang demi seorang penduduk Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan mula jatuh sakit dan mati tanpa sebarang penjelasan.

Satu wabak misteri mula menyerang kampung itu dan merebak ke kampung berdekatan termasuk Kampung Bukit Pelanduk.

Kawasan dihuni masyarakat majmuk yang hidup penuh harmoni itu kini diselubungi panik, kekecohan dan bunyi tangisan penduduk yang meratapi kematian ahli keluarga dan jiran mereka setiap hari.

“Mereka genggam tangan saya dan kata ‘Manikam, saya pasti mati’. Memang sedih. Satu hospital penuh orang kita.”

Ketua Kampung Bukit Pelanduk, Manikam Nagamalay ditemui Sinar Harian baru-baru ini menceritakan semula detik itu.

Walaupun sudah 15 tahun berlalu, wabak virus Nipah masih segar dalam ingatan penduduk kampung terlibat.

Manikam yang baru dua tahun menjadi ketua kampung waktu itu menyifatkannya sejarah terburuk dalam hidup.

“Sekarang pun boleh menangis, macam terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata akhir diucapkan penduduk kampung semasa saya melawat di hospital,” kata Manikam.

Manikam berkata, kebanyakan penduduk mulanya mengalami sakit kepala, kemudian merebak ke belakang leher sebelum demam dan meninggal dunia, hanya dalam tiga atau empat hari.

Pegawai Kementerian Kesihatan kemudian datang ke kampung itu untuk menyembur ubat nyamuk bagi menghentikan penyebaran virus yang disangka JE itu.

“Tak cukup alat sembur (dibawa kerajaan), kami beli sendiri. Ada pemilik kandang khinzir beli ubat lebih mahal supaya lebih berkesan. Nyamuk semua mati. Tetapi lepas itu, khinzir semua masih sakit dan mula mati,” katanya.

Katanya, seluruh kampung  mula panik.

“Kami tak tahu apa nak buat, ke mana nak pergi. Kedai semua tutup,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga memberi  suntikan vaksin JE kepada penduduk.

“Selepas setengah bulan kejadian bermula, ada media antarabangsa datang buat liputan, mereka kata virus ini boleh kena semua orang, semua akan mati kalau tak keluar dari kampung ini,” katanya.

Sejurus amaran itu sampai ke telinga penduduk kampung, kebanyakan mereka terus berpindah keluar.

Katanya, terdapat 42 keluarga ditempatkan di Hospital Port Dickson (kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Port Dickson) sebagai pusat perlindungan sementara manakala penduduk lain berpindah ke rumah sanak saudara di negeri atau daerah berbeza.

Manikam yang turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa krisis itu terpaksa tidur dalam kereta selama sebulan di pekarangan Hospital Port Dickson kerana perlu bersedia untuk membawa penduduk ke Hospital Seremban menggunakan keretanya sendiri jika mereka mula jatuh sakit.

Katanya, selepas semburan ubat nyamuk tidak berkesan, askar mula masuk ke kampung itu untuk menghapuskan ratusan ribu khinzir.

“Semua khinzir di kampung ini ditembak mati oleh tentera dan ditanam dalam lubang besar yang dikorek berdekatan setiap kandang. Tapi tak dapat tembak semua khinzir kerana terlalu banyak. Ada yang mati dalam kandang sebab tak dapat makanan atau sakit,” ceritanya.

Menurutnya, selepas lebih tiga bulan kampung itu sunyi tanpa penghuni, penduduk mula kembali namun dengan hati yang tidak tenang kerana takut virus itu kembali.

“Hari pertama saya kembali ke kampung ini, saya terkejut tengok ada seekor khinzir sedang merayau di tengah jalan. Saya cepat-cepat panggil askar untuk tembak khinzir itu,” katanya.

Menurutnya, sepanjang krisis itu, penduduk mendapat bantuan daripada kerajaan serta banyak pertubuhan lain.

Namun, bagi Manikam, pertolongan terbesar yang diterima penduduk kampung itu adalah daripada Tuhan.

“Masa itu musim panas luar biasa, lebih kurang enam bulan tak ada hujan, selalunya tidak begitu. Memang Tuhan tolong kita. Kalau hujan semasa wabak itu berlaku, mungkin kampung ini tidak dapat dimasuki semula sampai bila-bila kerana air yang mengalir daripada lubang di mana khinzir ditanam akan cemarkan segala-galanya,” katanya.

Wabak itu mengubah sama sekali kehidupan di kampung tersebut.

Menurut Manikam, disebabkan kerajaan menghalang penternakan khinzir di kawasan itu, penduduk bertukar kepada penanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing serta keluar mencari kerja di tempat lain.

“Kalau boleh nak lupa terus, tak mahu ingat lagi,” katanya apabila ditanya sama ada penduduk kampungnya masih bercakap mengenai virus Nipah." 

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/rencana/virus-nipah-wabak-misteri-di-n9-kejutkan-negara-1.331988



Virus Nipah

Cara penyebaran: Penyebaran kepada manusia mungkin berlaku apabila berhubung rapat/ berhadapan secara terus dengan babi, kelawar dan manusia yang telah dijangkiti dengan virus itu.

bats flying in Bangladesh
http://www.cdc.gov/vhf/nipah/transmission/index.html
Insiden di Malaysia dan Singapura berkait dengan hubungan rapat secara terus dengan babi yang berjangkit seperti penternak babi yang selalu masuk ke dalam kandang babi yang telah berjangkit dan berhubung terus dengan babi tersebut. Babi mungkin juga perumah bagi virus Nipah itu ataupun babi dijangkiti oleh virus itu dengan memakan makananan yang dicemari dengan kencing atau air liur kelawar.


Insiden di India dan Bangladesh pula dikaitkan dengan minum air mentah sap dari pohon kurma (raw date palm sap) dan jangkitan melalui kelawar serta jangkitan melalui individu yang telah berjangkit.

Figure 2 Interventions to prevent bat drinking date palm sap during session two: 1. Bamboo skirt; 2. Dhoincha skirt; 3. Jute stick skirt; and 4. Polythene skirt covering the sap producing areas of the date palm tree.
http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0042689
Figure 1 A picture taken by infrared night observation showing a small fruit bat (in circle) licking sap from the shaved surface of a date palm tree without any intervention during the winter of 2010.
Air sap itu mungkin telah dijilat oleh kelawar  (perumah virus Nipah) yang menyebabkan air itu telah dicemari virus tersebut. Kemudian, orang meminumnya secara mentah tanpa dimasak mungkin boleh dijangkiti virus tersebut
http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0042689

clay pot with raw date palm sap inside, credit to Ilana Schafer
http://www.cdc.gov/vhf/nipah/exposure/index.html


 Virus tersebut boleh diasingkan dari pesakit yang dijangkiti virus Nipah tersebut:

Nipah virus infection in human central nervous system tissue specimen, credit to CDC PHIL
http://www.cdc.gov/vhf/nipah/diagnosis/index.html

Tanda dan simptom jangkitan: Pesakit yang dijangkiti dengan virus ini dikaitkan dengan encephalitis (bengkak atau kecederaan di otak). 5 hingga 14 hari selepas dijangkiti, pesakit akan demam dan sakit kepala antara 3 hingga 14 hari. Diikuti dengan mengantuk dan kekeliruan fikiran. Ada juga pesakit yang koma selama 1-2 hari. Ada juga pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Semasa wabak penyakit ini di Malaysia pada tahun 1998-1999, 265 orang telah dijangkiti virus tersebut. Kira-kira 40% (105 orang) dari pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital mati disebabkan jangkitan tersebut. 

Rawatan: Setakat ini, jangkitan virus ini masih belum ada ubat yang berkesan. Rawatan hanyalah penjagaan sokongan di klinik atau hospital sahaja. Rawatan dan ubat untuk virus ini masih dalam penyelidikan.

Langkah pencegahan: Elakkan dari mendekati babi, kelawar dan manusia yang telah dijangkiti. Jangan minum air sap mentah dari pokok.

Ada vaksin untuk jangkitan virus yang lebih kurang sama di Australia yang dipanggil Hendra virus. Vaksin ini telah diberi kepada kuda tiada lagi vaksin untuk manusia untuk jangkitan virus ini. Mungkin perlukan lebih masa dan kos untuk ada vaksin untuk virus ini diberi kepada manusia.

Pengajaran: Memang babi dan kelawar terbukti perumah atau mengandungi pelbagai virus yang mungkin berbahaya kepada manusia. Oleh itu janganlah dekati haiwan-haiwan itu sesuka hati kerana mungkin air liur, kencing dan darah dari haiwan tersebut juga terdapat virus-virus merbahaya ini. Penternakan babi haruslah dikurangkan dan jauh dari kawasan orang ramai, penduduk dan sungai. Perternakan hendaklah bersih dan tidak melebihi permintaan dalam negara. Semoga Allah SWT melindungi kita dari penyakit-penyakit merbahaya ini. WAllahua'lam

Sumber:

Kronologi penyakit nipah di Malaysia:

Tuesday, November 4, 2014

Kutipan cukai oleh LHDN 2010 - 2014

Petikan akhbar:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM142 bilion tahun depan bersandarkan kepada trend jumlah kutipan cukai yang meningkat setiap tahun sejak 2010.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, pada 2010 kutipan cukai ialah RM86 bilion, 2011 (RM109 bilion), 2012 (RM125 bilion) dan 2013 sebanyak RM129 bilion.

Tahun ini, Kementerian Kewangan menetapkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion dan LHDN telah mengumpul kira-kira RM134 bilion,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sambutan Hari Inovasi LHDN 2014 di Cyberjaya, semalam.

Menurutnya, LHDN menjalankan pelbagai inovasi untuk memudahkan rakyat membayar cukai termasuk pengenalan e-filing iaitu perkhidmatan pembayaran cukai secara dalam talian serta perkhidmatan elektronik Ez-Hasil yang merangkumi pelbagai perkhidmatan bagi urusan percukaian.
Ahmad berkata, usaha itu membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pembayaran cukai setiap tahun.

Mengenai skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan, Ahmad berkata, keputusan itu masih belum dimuktamadkan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, skim itu akan dibahagikan kepada tiga peringkat bergantung kepada pendapatan bulanan.

Husni berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan akan terus menikmati subsidi bahan api manakala yang berpendapatan lebih RM10,000, tidak layak. - BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6356#sthash.PnwcCcm3.dpuf atau http://www.hmetro.com.my/node/6356


Jumlah Kutipan Cukai oleh LHDN dari Tahun 2010 - 2014

2010: RM86 bilion
2011: RM109 bilion (penambahan RM23 bilion dari tahun sebelumnya)
2012: RM125 bilion (penambahan RM16 bilion dari tahun sebelumnya)
2013: RM129 bilion (penambahan RM4 bilion dari tahun sebelumnya)
2014: RM134 bilion (penambahan RM5 bilion dari tahun sebelumnya)
(setakat ini? Tidak dinyatakan setakat bulan berapa?), Sasaran 2014: RM140 bilion
Sasaran 2015: RM142 bilion

Kutipan cukai oleh LHDN bertambah dari tahun ke tahun untuk tahun-tahun sebelum GST dilaksanakan. Bagaimana pula jumlah kutipan untuk tahun depan apabila GST akan dilaksanakan pada April 2015.

Sunday, November 2, 2014

Tuesday, October 28, 2014

Hutang Kerajaan Persekutuan dari 2010 hingga Jun 2014

Petikan akhbar BHOnline:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kedudukan hutang kerajaan itu kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Najib berkata hutang Kerajaan Persekutuan tahun lepas adalah sebanyak RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK, manakala bagi 2012 pula sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.
"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK (dan) 2011 sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus," katanya.
Najib berkata sehingga kini, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
Beliau berkata, ia merupakan hasil daripada pengurusan hutang secara berhemat apabila pinjaman dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang, yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan.
"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," kata beliau.
- BERNAMA

Hutang Kerajaan Persekutuan
2010: RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK
2011: RM456.1 bilion atau 51.5 peratus daripada KDNK
2012: RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK
2013: RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK
 2014 (setakat akhir Jun): RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK
KDNK boleh dianggap sebagai pendapatan sesebuah negara itu seperti gaji bagi individu.
Jika kita lihat dari tahun 2010 hingga 2014, hutang kerajaan bertambah dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapon, ada positif apabila kita lihat peratus hutang negara berbanding KDNK pada 2014 (setakat Jun) menurun berbanding peratus yang meningkat dari 2010 ke tahun 2013. Harap peratus ini dapat dikekalkan atau diperbaiki hingga ke hujung tahun dan pada tahun-tahun akan datang.

Monday, October 27, 2014

Jangkaan Perolehan Hasil Jualan Tiket Untuk Final Piala Malaysia 2014

Petikan akhbar:

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 40,000 keping tiket masing-masing kepada penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Pahang untuk aksi final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 November ini.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya akan menyerahkan tiket berkenaan kepada persatuan bola sepak kedua-dua pasukan, petang esok sebelum mula dijual kepada penyokong masing-masing pada Rabu dan Khamis ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Perlawanan Akhir berkata, baki 10,000 keping tiket akan dijual secara dalam talian menerusi laman web www.tickethotline.com.my bermula Rabu ini dan ia boleh ditebus keesokan hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tiket bagi dewasa ditetapkan pada kadar RM40 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun sebanyak RM5.
“Setiap penonton hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket sahaja. Memandangkan kita tidak membuka kaunter tiket pada hari perlawanan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini, saya mengharapkan persatuan bola sepak kedua-dua pasukan melaksanakan penjualan tiket seadilnya kepada penyokong masing-masing,” kata Afandi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz3HMaRdAEx 
Hakcipta terpelihara 



Matematiknya:

Jumlah tiket yang akan dijual = 40,000 (penyokong Pahang) + 40,000 (penyokong JDT) + 10,000 (dijual atas talian)
                                               = 90,000


Situasi 1Katakan jualan adalah 80,000 penonton dewasa dan 10,000 penonton kanak-kanak 

Jadi jangkaan perolehannya ialah: 

80,000 X RM40 (harga tiket dewasa) + 10,000 X RM5 (harga tiket kanak-kanak)
= 3,200,000 + 50,000 = RM 3,250,000 atau RM3.25 juta

Situasi 2: Katakan jualan adalah 70,000 penonton dewasa dan 20,000 penonton kanak-kanak 

Jadi jangkaan perolehannya ialah: 

70,000 X RM40 (harga tiket dewasa) + 20,000 X RM5 (harga tiket kanak-kanak)
= 2,800,000 + 100,000 = RM 2,900,000 atau RM2.9 juta


Situasi 3: Katakan jualan adalah 60,000 penonton dewasa dan 30,000 penonton kanak-kanak 

Jadi jangkaan perolehannya ialah: 

60,000 X RM40 (harga tiket dewasa) + 30,000 X RM5 (harga tiket kanak-kanak)
= 2,400,000 + 150,000 = RM 2,550,000 atau RM2.55 juta


p/s: Banyak juga jangkaan perolehannya, tak pasti duit itu pergi ke mana, FAM, pihak stadium atau pihak lain.






Monday, October 13, 2014

Projek Tabung Pendidikan Iqra'

                                                             بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



PENGENALAN


Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) ini merupakan satu program jangka panjang yang dilancarkan oleh Projek Iqra’ untuk membiayai pelan pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Matlamat akhir program ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada golongon sasar. Projek Iqra’ percaya jika seorang daripada anak dalam keluarga yang kurang mampu ini berjaya, ianya dapat mengubah nasib keluarga tersebut keluar daripada kemelut kemiskinan.


Pada tahun 2013, seramai 14 orang golongan sasar telah didaftarkan dibawah program Tabung Pendidikan Iqra’ 2013 (TPI 2013).


SENARIO



Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan apabila berusia 18 tahun akan terpaksa berdikari dan tidak lagi dibenarkan menetap dirumah kebajikan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan pada usia tersebut adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu tanpa simpanan pendidikan, ramai antara anak-anak ini mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran juga mempunyai kesukaran mendapatkan wang samada untuk meneruskan belajar dalam bidang kemahiran atau memulakan perniagaan (start-up).


Tabung Pendidikan Iqra’ 2014 (TPI 2014) merupakan satu pelan pendidikan yang akan memberikan mereka tunai pada usia 18 sebagai tiket untuk mereka melangkah ke dunia sebenar dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka, keluar dari kemelut kemisikinan.


OBJEKTIF



http://www.projekiqra.com/cs_cause/tabung-pendidikan-iqra-2014/#sthash.rJjPZIzA.dpbs

1. Menyenaraikan 30 calon-calon yang layak sebagai penerima TPI 2014 yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf yang tinggal bersama keluarga mereka di komuniti Nilai, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
2. Mengumpulkan dana bagi menaja setiap penerima TPI 2014 dengan kadar RM1200 seorang untuk 30 orang anak-anak bagi tempoh setahun. Jumlah yang disasarkan adalah RM 36,000
3. Mengumpulkan dana bagi membiayai penerima TPI 2013 seramai 14 orang yang terdiri daripada anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan berjumlah RM 16,800.

4. Dana ini akan ditaja jamin oleh Great Eastern Takaful sehingga penerima TPI berusia 18 tahun dimana boleh digunakan untuk menyambung kehidupan selepas usia 18 tahun.


KESIMPULAN

Tabung Pendidikan IQRA’ 2014 ini adalah program menyediakan satu pelan pendidikan untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada anak-anak yang memerlukan, terutama mereka yang yatim, miskin dan asnaf samada yang tinggal di rumah kebajikan atau bersama keluaga di komuniti setempat. Kerjasama dari yang diwujudkan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang untuk golongan sasar ini membina masa depan yang lebih baik selain sebagai agenda pembangunan modal insan dan menggerakkan kesedaran terhadap pelajaran mereka yang kurang diambil peduli oleh masyarakat.


Video di bawah menerangkan mengenai Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) dengan lebih menarik:

 


Prophet Muhammad (peace be upon him) said "Give charity without delay for it stands in the way of calamity." (Tirmidhi) 

We pray that Allah keeps us all away from calamity and may Allah accept from us. Ameen.


Untuk penajaan & maklumat lanjut KLIK : http://bitly.com/tabungpendidikaniqra

Sunday, September 21, 2014

Advertorial: BrainBuilder Sri Rampai

                                                    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

BrainBuilder (BB) adalah pusat tuisyen matematik yang mengajar kaedah dan cara unik untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik. Ianya dikembangkan/ dibangunkan oleh Dr. Fong selama lebih dari 30 tahun.

Kaedah dan cara untuk menjawab soalan matematik yang diajar di sini memudahkan pelajar-pelajar untuk menjawab soalan matematik yang rumit. Dalam erti kata lain, dengan kaedah yang diajar di sini, soalan matematik yang rumit dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan lebih difahami. 

Soalan-soalan dan kaedah matematik yang diajar di BB juga dapat merangsang pemikiran pelajar-pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis yang penting bagi mereka untuk menyelesaikan permasalahan matematik yang menguji minda. 

Antara soalan-soalan matematik yang diajar adalah berkaitan dengan kehidupan seharian kita atau lebih dikenali sebagai 'real-life' math questions. Oleh itu, skil-skil yang diajar insha Allah akan memudahkan dan membantu murid-murid menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian mereka seperti dapat mengira pantas baki yang patut diperolehi ketika membeli barang di kedai runcit dan sebagainya. Oleh itu, anak-anak tidak akan mudah ditipu oleh penjual.

Kaedah-kaedah yang diajar juga insha Allah akan memudahkan dan membantu murid-murid untuk menjawab soalan-soalan matematik di sekolah, peperiksan awam (UPSR, PMR/ PT3 dan SPM), pertandingan matematik bertaraf antarabangsa seperti Kangaroo Math Competition (KMC), Olympiad Matematik Kebangsaan (OMK), International Mathematic Olympiad (IMO) dan sebagainya.


Alamat, contact dan kebaikan sertai BB

Brain Builder Sri Rampai kini dibuka untuk pendaftaran. Untuk konsultasi, sila hubungi nombor telefon atau emel seperti tertera di bawah:

Contact BB Sri Rampai
Atau hantarkan mesej ke facebook page BB Sri Rampai: https://www.facebook.com/BrainBuilderSriRampai?ref=br_rs

Bonus:



Tuesday, September 16, 2014

Tips Study Untuk Pelajar

                                                                     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Sebenarnya memang tidak digalakkan pelajar study last minit tapi jika sekarang baru ada kesedaran nak belajar tidak mengapa mungkin masih sempat lagi, insha Allah.

Bagi pelajar UPSR, kena ambil ujian Sains, BI, Math dan B. Tamil semula adalah sesuatu yang menyedihkan. Tetapi lihat pada sudut yang berbeza, mungkin ini peluang untuk anda belajar dan buat persediaan yang lebih rapi lagi kerana ada masa lebih kurang seminggu lagi untuk ulangkaji Sains/ BI dan 9 hari lagi untuk ulangkaji Math/ B. Tamil. Jadi ianya seperti peluang kedua terutamanya kepada yang buat kurang bagus pada ujian lepas yang dibatalkan itu.

Untuk pelajar yang akan ambil PMR, ujian bertulis akan bermula pada 3 Oktober, jadi ada lebih kurang 4 minggu lagi dari sekarang. 

Jadual Ujian Bertulis PMR 2014
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/images/bahan/pt3/2014/28.08.14%20JW%20UJIAN%20BERTULIS%202014.pdf
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=303:takwim-peperiksaan-2014&catid=146:general&lang=en

SPM pula akan bermula pada 3 November, jadi pelajar SPM ada masa lebih kurang sebulan setengah lagi sebelum SPM bermula.

Berikut adalah perkara yang boleh anda buat:


1. Tengok balik, perkemas dan perbaiki nota ringkas atau peta minda yang anda buat 

Guidelines buat mind map
http://en.wikipedia.org/wiki/Mind_map
Buat nota ringkas/ peta minda yang mengingatkan balik perkara-perkara penting yang cikgu ajar atau yang dibaca. Nota ringkas ini juga boleh dibaca semasa di luar dewan peperiksaan, yang memang pada masa itu tak digalakkan baca buku teks dah.

2. Study group 

Study group
http://norishmussisupendcom.blogspot.com/2011/08/kelebihan-study-group.html






























Yang ideal ialah 4 - 5 pelajar dalam satu group. Sebagai contoh, bahagikan 2 topik untuk satu subjek kepada setiap pelajar. Kemudian, setiap pelajar ajarkan topik tersebut kepada pelajar lain dalam group tersebut. Dengan cara ini bukan sahaja jimat masa, malah pelajar yang mengajar rakannya yang lain akan lebih ingat apa yang dipelajari.


3. Buat soalan-soalan tahun-tahun lepas/ past years exam questions

Buku past years exam SPM Physics
https://forum.lowyat.net/topic/3090935/all 

Sekarang saya tak pasti, tapi masa saya dulu kebanyakkan soalan yang keluar sama je macam soalan-soalan tahun lepas, yang lainnya hanya cerita dan nombor sahaja (seperti math). Kemahiran Hidup pula ada soalan yang sama sebijik yang keluar. Jadi, cuba habiskan soalan-soalan tersebut dan set kan masa, bayangkan anda seperti betul-betul sedang menjawab soalan SPM dan jadikan sebagai latihan.


4. Fokus pada topik yang anda masih lemah dan rasa susah

Fokus bila belajar
Pada masa ini pelajar sepatutnya sudah tahu topik apa yang mereka lemah dan rasa sukar. Fokus belajar topik yang anda masih lemah.
Fokus juga semasa belajar, letak smartphone dan tablet anda jauh-jauh, dan set masa (belajar 30-40 minit dan rehat 5-10 minit).

5. Berdoa dan bertawakkal


Berdoa mohon pertolongan Allah SWT
https://www.rumahzakat.org/bersegera-dalam-lima-perkara/berdoa-rumah-zakat_120813161201-864-2/#.VBhjq_mSySo

Berdoalah kepada Allah, mohon pertolonganNya. Dengan usaha, doa dan tawakkal, insha Allah akan berjaya. Niat belajar kena betul. Niatlah belajar kerana ingin mendapat keredhaan Allah dan mendapat ilmu yang bermanfaat, insha Allah.

WAllahua'lam.

Monday, September 8, 2014

Tips Untuk Hadapi Peperiksaan

                                                                         بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Tips malam peperiksaan

1. Siapkan semua yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti alat tulis, IC dan sebagainya. Seterika, siapkan pakaian dan tidur awal (~11 malam). Just chill and relaks.

Tips semasa hari peperiksaan

1. Sarapan dulu. Jangan sarapan yang berat-berat atau terlampau mengenyangkan atau terlampau sedikit. Sarapan dengan sederhana seperti 2 keping roti, 1 telur mata dan secawan susu.

2. Sebelum pergi sekolah, minta restu ibubapa dan minta mereka doakan supaya dapat jawab soalan dengan baik dan mudah.

3. Masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan dan baca   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

4. Sebelum jawab, baca  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ, selawat ke atas Nabi SAW, baca Allahumma yassir wala tu'assir, Allahumma tammim bilkhair dan doa-doa lain yang berkaitan

Rabbi yassir wala tu 'assir

5. Ingat! baca soalan dengan teliti dan jawab dengan teliti. Bila ada soalan tidak tahu buat, pergi cuba buat soalan berikutnya. Kemudian bila dah habis jawab soalan terakhir, kembali ke soalan yang tidak tahu tadi dan cuba jawab.

6. Bila dah habis jawab semua soalan, semak balik semua soalan dan jawapan. Mana tahu kita ada buat salah mudah.

7. Bila dah habis jawab satu subjek, jangan bincang dengan rakan tentang soalan dan jawapan subjek tadi. Bimbang jika bincang dan didapati jawapan salah, mungkin akan menurunkan motivasi murid. Bincanglah selepas semua subjek dalam peperiksaan itu telah selesai.

8. Tenangkan diri dan fikiran, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. 

Tips selepas peperiksaan

9. Jangan terlalu gembira bila dapat keputusan cemerlang dan jangan terlalu sedih apabila keputusan tidak seperti diharapkan kerana keputusan UPSR, PMR dan SPM sebenarnya tidak menentukan samada kita berjaya atau tidak. Ada perkara-perkara yang lebih penting dari itu. Walaubagaimanapon, perlulah kita buat yang terbaik atau sehabis baik yang boleh dalam peperiksaan-peperiksaan tersebut kerana kita biasanya ambil sekali sahaja dalam seumur hidup UPSR, PMR dan SPM ini. Tambahan pula, umat Islam memang disaran untuk melakukan yang terbaik dalam urusan-urusan mereka.

10. Dalam apa-apa urusan pon, dengan usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT, insha Allah kita akan berjaya.

Kepada adik-adik yang akan menduduki UPSR esok, selamat menjawab peperiksaan dan buatlah yang terbaik. 

WAllahu'alam.

Tuesday, September 2, 2014

Cadangan Jadual Harian Seorang Pelajar

                                                                     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Murid/ Pelajar Sesi Pagi

6 pagi -  Bangun tidur, mandi, solat subuh, baca Al-quran (sedikit pun tak apa yang penting konsisten) dan bersiap untuk ke sekolah

6.30 pagi - Sarapan pagi (sarapan penting)

7 pagi - Bergerak ke sekolah

1 hingga 2 petang -  Pulang dari sekolah

2 hingga 2.15 petang - Solat Zohor (boleh juga makan tengahari dulu jika terlalu lapar)

2.30 petang - Makan tengahari

3 hingga 3.30 petang - Online (15 minit media sosial seperti facebook, twitter etc. dan 15 minit semak emel)
3.30 hingga 4.30 petang - Rehat atau nap atau tidur sekejap

4.30 hingga 5 petang - Solat Asar

5 hingga 6.30 petang - Beriadah atau bersukan (tidak semestinya perlu bersukan pada semua kelima-lima hari bersekolah, bersukan 3 atau 4 hari seminggu adalah ideal, berselang-seli bersukan dengan kelas mengaji KAFA atau kelas tuisyen)

Contoh: Isnin petang (kelas mengaji), Selasa petang (bersukan), Rabu petang (kelas tuisyen), Khamis petang (bersukan), Jumaat petang (mengaji), Sabtu dan Ahad petang (bersukan)

6.30 petang -  Mandi

6.45 petang - Makan malam

7.15 hingga 8 malam -  Solat Maghrib

8 hingga 8.45 malam - Tonton TV

8.45 hingga 9 malam - Solat Isyak

9 hingga 10 malam - Siapkan kerja sekolah (dinasihatkan berehat 10 minit selepas 30 minit anda belajar atau buat kerja sekolah)

10.10 hingga 11 malam - Ulangkaji mata pelajaran (dinasihatkan setiap malam ulangkaji satu mata pelajaran sahaja)

Semak cadangan jadual ulangkaji pelajaran di sini: http://onskol.blogspot.com/2014/09/cadangan-jadual-ulangkaji-untuk-pelajar.html 

11 hingga 11.15 malam - Makan malam ringan atau supper (digalakkan makan makanan ringan seperti biskut dan susu)

11.30 malam  - Tidur (sebelum itu set alarm dan baca Ayat Kursi)

Cuba jangan tidur lewat dari 12 tengah malam kerana masa dari 12 malam hingga 6 pagi ialah 7 jam (tempoh masa yang ideal untuk tidur)

p/s: Ini contoh sahaja, yang penting kita gunakan masa dengan sesuai dan sebaiknya

WAllahua'alam






Cadangan Jadual Ulangkaji Untuk Pelajar Sekolah Rendah

                                                                بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Biasanya pelajar sekolah rendah akan menduduki UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) semasa akhir tahun Darjah 6.

UPSR ada 5 subjek (bagi Sekolah Kebangsaan biasa):
  • Bahasa Malaysia (Pemahaman or Malay Comprehension)
  • Bahasa Malaysia (Penulisan or Malay Writing)
  • Mathematics
  • Science
  • English

PSRA dinilai dalam 7 subjek/ bidang berikut:

  1. Al-Quran (Tilawah dan Hafazan);
  2. Bahasa Arab;
  3. Tajwid;
  4. Akhlak dan Sirah;
  5. Tauhid dan Feqah;
  6. Jawi, Imlak dan Khat; dan
  7. Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)

Jadi kesemuanya ialah 12 subjek.

Berikut adalah cadangan bagi ulangkaji atau belajar 12 subjek tersebut:


Isnin 
9 - 9.30 malam: Siapkan kerja sekolah kebangsaan (jika ada)
9.30 - 9.3 malam: Rehat
9.35 -10 malamSiapkan kerja sekolah agama (jika ada)
10 - 10.05 malam: Rehat
10.05 - 10.30 malam: Belajar/ ulangkaji BM (pemahaman)
10.30 - 10.35 malam: Rehat
10.35 - 11 malamBelajar/ ulangkaji BM (penulisan)

> Jika tiada kerja sekolah, hadapankan belajar atau ulangkaji tersebut pada jam 9 hingga 10 malam.

> Setiap malam, belajar/ ulangkaji selama 1 jam sahaja. Untuk setiap 30 minit belajar, rehat 5 minit.

> Digalakkan semasa buat kerja sekolah, murid melihat balik apa yang dipelajari pada hari tersebut dan buat nota satu muka sendiri

> Digalakkan juga pelajar lihat dan baca sekali imbas apa yang akan dipelajari di sekolah keesokkan harinya

Selasa
9 - 9.30 malam: Siapkan kerja sekolah kebangsaan (jika ada)
9.30 - 9.35 malam: Rehat
9.35 -10 malamSiapkan kerja sekolah agama (jika ada)
10 - 10.05 malam: Rehat
10.05 - 10.30 malam: Belajar/ ulangkaji English
10.30 - 10.35 malam: Rehat
10.35 - 11 malamBelajar/ ulangkaji Bahasa Arab

Rabu
9 - 9.30 malam: Siapkan kerja sekolah kebangsaan (jika ada)
9.30 - 9.35 malam: Rehat
9.35 -10 malamSiapkan kerja sekolah agama (jika ada)
10 - 10.05 malam: Rehat
10.05 - 10.30 malam: Belajar/ ulangkaji Matematik
10.30 - 10.35 malam: Rehat
10.35 - 11 malamBelajar/ ulangkaji Akhlak dan Sirah

Khamis
9 - 9.30 malam: Siapkan kerja sekolah kebangsaan (jika ada)
9.30 - 9.35 malam: Rehat
9.35 -10 malamSiapkan kerja sekolah agama (jika ada)
10 - 10.05 malam: Rehat
10.05 - 10.30 malam: Belajar/ ulangkaji Sains
10.30 - 10.35 malam: Rehat
10.35 - 11 malamBelajar/ ulangkaji Tauhid dan Feqah

Sabtu atau Ahad
6.00 - 6.30 pagi: Mandi, solat Subuh dan sarapan
6.30 - 7.00 pagi: Belajar Al-Quran (Tilawah dan Hafazan)
7.00 - 7.10 pagi: Rehat
7.10 - 7.40Belajar/ Ulangkaji Jawi, Imlak, Khat dan PAFA

Secara keseluruhan, dengan mengikut jadual di atas murid perlu:

> 4 jam seminggu sahaja untuk buat kerja sekolah
> 5 jam seminggu sahaja untuk belajar/ ulangkaji
> 30 minit hingga 1 jam sahaja seminggu untuk belajar/ ulangkaji satu subjek

Dengan adanya jadual dan murid mengikut jadual tersebut dengan konsisten, insha Allah tidak akan berlaku murid belajar di saat akhir yang mana mungkin menyebabkan murid jadi panik atau tertekan. 
Bila exam dah nak dekat, tengok dan improve sahaja nota satu muka.

WAllahua'alam.