Pages

Monday, November 10, 2014

Virus Nipah

Keratan akhbar Sinar Harian 10/11/2014:


"Virus Nipah: Wabak misteri di N9 kejutkan negara

AWAL tahun 1999. Seorang demi seorang penduduk Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan mula jatuh sakit dan mati tanpa sebarang penjelasan.

Satu wabak misteri mula menyerang kampung itu dan merebak ke kampung berdekatan termasuk Kampung Bukit Pelanduk.

Kawasan dihuni masyarakat majmuk yang hidup penuh harmoni itu kini diselubungi panik, kekecohan dan bunyi tangisan penduduk yang meratapi kematian ahli keluarga dan jiran mereka setiap hari.

“Mereka genggam tangan saya dan kata ‘Manikam, saya pasti mati’. Memang sedih. Satu hospital penuh orang kita.”

Ketua Kampung Bukit Pelanduk, Manikam Nagamalay ditemui Sinar Harian baru-baru ini menceritakan semula detik itu.

Walaupun sudah 15 tahun berlalu, wabak virus Nipah masih segar dalam ingatan penduduk kampung terlibat.

Manikam yang baru dua tahun menjadi ketua kampung waktu itu menyifatkannya sejarah terburuk dalam hidup.

“Sekarang pun boleh menangis, macam terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata akhir diucapkan penduduk kampung semasa saya melawat di hospital,” kata Manikam.

Manikam berkata, kebanyakan penduduk mulanya mengalami sakit kepala, kemudian merebak ke belakang leher sebelum demam dan meninggal dunia, hanya dalam tiga atau empat hari.

Pegawai Kementerian Kesihatan kemudian datang ke kampung itu untuk menyembur ubat nyamuk bagi menghentikan penyebaran virus yang disangka JE itu.

“Tak cukup alat sembur (dibawa kerajaan), kami beli sendiri. Ada pemilik kandang khinzir beli ubat lebih mahal supaya lebih berkesan. Nyamuk semua mati. Tetapi lepas itu, khinzir semua masih sakit dan mula mati,” katanya.

Katanya, seluruh kampung  mula panik.

“Kami tak tahu apa nak buat, ke mana nak pergi. Kedai semua tutup,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga memberi  suntikan vaksin JE kepada penduduk.

“Selepas setengah bulan kejadian bermula, ada media antarabangsa datang buat liputan, mereka kata virus ini boleh kena semua orang, semua akan mati kalau tak keluar dari kampung ini,” katanya.

Sejurus amaran itu sampai ke telinga penduduk kampung, kebanyakan mereka terus berpindah keluar.

Katanya, terdapat 42 keluarga ditempatkan di Hospital Port Dickson (kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Port Dickson) sebagai pusat perlindungan sementara manakala penduduk lain berpindah ke rumah sanak saudara di negeri atau daerah berbeza.

Manikam yang turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semasa krisis itu terpaksa tidur dalam kereta selama sebulan di pekarangan Hospital Port Dickson kerana perlu bersedia untuk membawa penduduk ke Hospital Seremban menggunakan keretanya sendiri jika mereka mula jatuh sakit.

Katanya, selepas semburan ubat nyamuk tidak berkesan, askar mula masuk ke kampung itu untuk menghapuskan ratusan ribu khinzir.

“Semua khinzir di kampung ini ditembak mati oleh tentera dan ditanam dalam lubang besar yang dikorek berdekatan setiap kandang. Tapi tak dapat tembak semua khinzir kerana terlalu banyak. Ada yang mati dalam kandang sebab tak dapat makanan atau sakit,” ceritanya.

Menurutnya, selepas lebih tiga bulan kampung itu sunyi tanpa penghuni, penduduk mula kembali namun dengan hati yang tidak tenang kerana takut virus itu kembali.

“Hari pertama saya kembali ke kampung ini, saya terkejut tengok ada seekor khinzir sedang merayau di tengah jalan. Saya cepat-cepat panggil askar untuk tembak khinzir itu,” katanya.

Menurutnya, sepanjang krisis itu, penduduk mendapat bantuan daripada kerajaan serta banyak pertubuhan lain.

Namun, bagi Manikam, pertolongan terbesar yang diterima penduduk kampung itu adalah daripada Tuhan.

“Masa itu musim panas luar biasa, lebih kurang enam bulan tak ada hujan, selalunya tidak begitu. Memang Tuhan tolong kita. Kalau hujan semasa wabak itu berlaku, mungkin kampung ini tidak dapat dimasuki semula sampai bila-bila kerana air yang mengalir daripada lubang di mana khinzir ditanam akan cemarkan segala-galanya,” katanya.

Wabak itu mengubah sama sekali kehidupan di kampung tersebut.

Menurut Manikam, disebabkan kerajaan menghalang penternakan khinzir di kawasan itu, penduduk bertukar kepada penanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing serta keluar mencari kerja di tempat lain.

“Kalau boleh nak lupa terus, tak mahu ingat lagi,” katanya apabila ditanya sama ada penduduk kampungnya masih bercakap mengenai virus Nipah." 

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/rencana/virus-nipah-wabak-misteri-di-n9-kejutkan-negara-1.331988



Virus Nipah

Cara penyebaran: Penyebaran kepada manusia mungkin berlaku apabila berhubung rapat/ berhadapan secara terus dengan babi, kelawar dan manusia yang telah dijangkiti dengan virus itu.

bats flying in Bangladesh
http://www.cdc.gov/vhf/nipah/transmission/index.html
Insiden di Malaysia dan Singapura berkait dengan hubungan rapat secara terus dengan babi yang berjangkit seperti penternak babi yang selalu masuk ke dalam kandang babi yang telah berjangkit dan berhubung terus dengan babi tersebut. Babi mungkin juga perumah bagi virus Nipah itu ataupun babi dijangkiti oleh virus itu dengan memakan makananan yang dicemari dengan kencing atau air liur kelawar.


Insiden di India dan Bangladesh pula dikaitkan dengan minum air mentah sap dari pohon kurma (raw date palm sap) dan jangkitan melalui kelawar serta jangkitan melalui individu yang telah berjangkit.

Figure 2 Interventions to prevent bat drinking date palm sap during session two: 1. Bamboo skirt; 2. Dhoincha skirt; 3. Jute stick skirt; and 4. Polythene skirt covering the sap producing areas of the date palm tree.
http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0042689
Figure 1 A picture taken by infrared night observation showing a small fruit bat (in circle) licking sap from the shaved surface of a date palm tree without any intervention during the winter of 2010.
Air sap itu mungkin telah dijilat oleh kelawar  (perumah virus Nipah) yang menyebabkan air itu telah dicemari virus tersebut. Kemudian, orang meminumnya secara mentah tanpa dimasak mungkin boleh dijangkiti virus tersebut
http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0042689

clay pot with raw date palm sap inside, credit to Ilana Schafer
http://www.cdc.gov/vhf/nipah/exposure/index.html


 Virus tersebut boleh diasingkan dari pesakit yang dijangkiti virus Nipah tersebut:

Nipah virus infection in human central nervous system tissue specimen, credit to CDC PHIL
http://www.cdc.gov/vhf/nipah/diagnosis/index.html

Tanda dan simptom jangkitan: Pesakit yang dijangkiti dengan virus ini dikaitkan dengan encephalitis (bengkak atau kecederaan di otak). 5 hingga 14 hari selepas dijangkiti, pesakit akan demam dan sakit kepala antara 3 hingga 14 hari. Diikuti dengan mengantuk dan kekeliruan fikiran. Ada juga pesakit yang koma selama 1-2 hari. Ada juga pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Semasa wabak penyakit ini di Malaysia pada tahun 1998-1999, 265 orang telah dijangkiti virus tersebut. Kira-kira 40% (105 orang) dari pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital mati disebabkan jangkitan tersebut. 

Rawatan: Setakat ini, jangkitan virus ini masih belum ada ubat yang berkesan. Rawatan hanyalah penjagaan sokongan di klinik atau hospital sahaja. Rawatan dan ubat untuk virus ini masih dalam penyelidikan.

Langkah pencegahan: Elakkan dari mendekati babi, kelawar dan manusia yang telah dijangkiti. Jangan minum air sap mentah dari pokok.

Ada vaksin untuk jangkitan virus yang lebih kurang sama di Australia yang dipanggil Hendra virus. Vaksin ini telah diberi kepada kuda tiada lagi vaksin untuk manusia untuk jangkitan virus ini. Mungkin perlukan lebih masa dan kos untuk ada vaksin untuk virus ini diberi kepada manusia.

Pengajaran: Memang babi dan kelawar terbukti perumah atau mengandungi pelbagai virus yang mungkin berbahaya kepada manusia. Oleh itu janganlah dekati haiwan-haiwan itu sesuka hati kerana mungkin air liur, kencing dan darah dari haiwan tersebut juga terdapat virus-virus merbahaya ini. Penternakan babi haruslah dikurangkan dan jauh dari kawasan orang ramai, penduduk dan sungai. Perternakan hendaklah bersih dan tidak melebihi permintaan dalam negara. Semoga Allah SWT melindungi kita dari penyakit-penyakit merbahaya ini. WAllahua'lam

Sumber:

Kronologi penyakit nipah di Malaysia:

Tuesday, November 4, 2014

Kutipan cukai oleh LHDN 2010 - 2014

Petikan akhbar:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM142 bilion tahun depan bersandarkan kepada trend jumlah kutipan cukai yang meningkat setiap tahun sejak 2010.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, pada 2010 kutipan cukai ialah RM86 bilion, 2011 (RM109 bilion), 2012 (RM125 bilion) dan 2013 sebanyak RM129 bilion.

Tahun ini, Kementerian Kewangan menetapkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion dan LHDN telah mengumpul kira-kira RM134 bilion,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sambutan Hari Inovasi LHDN 2014 di Cyberjaya, semalam.

Menurutnya, LHDN menjalankan pelbagai inovasi untuk memudahkan rakyat membayar cukai termasuk pengenalan e-filing iaitu perkhidmatan pembayaran cukai secara dalam talian serta perkhidmatan elektronik Ez-Hasil yang merangkumi pelbagai perkhidmatan bagi urusan percukaian.
Ahmad berkata, usaha itu membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pembayaran cukai setiap tahun.

Mengenai skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan, Ahmad berkata, keputusan itu masih belum dimuktamadkan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, skim itu akan dibahagikan kepada tiga peringkat bergantung kepada pendapatan bulanan.

Husni berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan akan terus menikmati subsidi bahan api manakala yang berpendapatan lebih RM10,000, tidak layak. - BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6356#sthash.PnwcCcm3.dpuf atau http://www.hmetro.com.my/node/6356


Jumlah Kutipan Cukai oleh LHDN dari Tahun 2010 - 2014

2010: RM86 bilion
2011: RM109 bilion (penambahan RM23 bilion dari tahun sebelumnya)
2012: RM125 bilion (penambahan RM16 bilion dari tahun sebelumnya)
2013: RM129 bilion (penambahan RM4 bilion dari tahun sebelumnya)
2014: RM134 bilion (penambahan RM5 bilion dari tahun sebelumnya)
(setakat ini? Tidak dinyatakan setakat bulan berapa?), Sasaran 2014: RM140 bilion
Sasaran 2015: RM142 bilion

Kutipan cukai oleh LHDN bertambah dari tahun ke tahun untuk tahun-tahun sebelum GST dilaksanakan. Bagaimana pula jumlah kutipan untuk tahun depan apabila GST akan dilaksanakan pada April 2015.

Sunday, November 2, 2014