Pages

Saturday, August 15, 2015

Friday, August 7, 2015

Ujian Bahagian 2 & 3 Lesen Motosikal B2

Nota: Artikel ini adalah mengikut peraturan pada masa artikel ini ditulis (tahun 2015), mungkin ada perubahan dari masa ke masa yang dibuat oleh pihak JPJ, sila rujuk cikgu memandu anda untuk peraturan yg tepat dan terkini.
 

Gambar-gambar ini diambil di SKEM Gombak. Untuk tulisan yang lebih jelas, 'right-click' pada gambar dan 'open in new tab'.

Bahagian 2

Bahagian 2: Meniti di atas simen
Tips dari Cikgu SKEM:

> Gunakan satu gear sahaja (1 atau 2)



 Bahagian 2: Menunggang antara kon
Tips: Tempat ujian antara kon di SKEM Gombak ini agak seperti bukit/ curam ke bawah, jadi tak perlu pulas minyak banyak, pulas minyak sikit masa start, kemudian guna brek kaki sikit-sikit je.


Bhgn 2: Membrek kecemasan

Tips dari Cikgu SKEM:

> Mula dengan gear 1 dan di separuh jalan tukar ke gear 2
> Berhenti selari dengan tiang di kiri litar di SKEM Gombak


Bhgn 2: Menunggang di laluan tidak rata

Bhgn 2: Pusingan Angka 8

Bhgn 2: Menunggang di selekoh tajam

Tips:

Selepas habis bahagian 2, angkat tangan, tidak perlu bunyikan hon dan terus ke Checkpoint 3, bebaskan gear, matikan enjin, tongkat dan berdiri sebelah motor dan menghadap pemeriksa di menara tinjauan. Apabila dah terima arahan, bawa motor ke kawasan letak motor.



Borang Penilaian Bhgn 2 Lesen Motosikal Part I

Tips Cikgu SKEM:

Untuk B. Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)/ Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPM):
Yang ini baru diperkenalkan dimana pelajar/ pengambil ujian kena  cakap/ beritahu penilai/ pemeriksa 11 perkara berikut:

Tujuh (7) perkara di bahagian luar motosikal:

1. Periksa tayar depan dan belakang dengan menekan tayar dengan kedua-dua tangan dan cakap 'Keadaan fizikal tayar berada dalam keadaan baik, tekanan angin mencukupi dan bunga pada tayar masih dalam keadaan baik' atau apa-apa sahaja ayat yang berkenaan dan munasabah.

2. Periksa kedua-dua cermin sisi dan beritahu pemeriksa 'Kedua-dua cermin sisi tidak pecah dan dalam keadaan baik'.

3. Periksa lampu depan dan belakang dan beritahu 'lampu depan dan  belakang menyala dan dalam keadaan baik'.

4. Periksa lampu isyarat/ signal depan dan belakang dan beritahu 'lampu isyarat depan dan belakang menyala dan berfungsi dengan baik'

5. Periksa nombor plat kenderaan depan dan belakang kemudian beritahu, 'Nombor plat dalam keadaan baik dan No. plat motosikal ini adalah cth: XXX 1234'

6. Periksa minyak enjin dengan mengeluarkan penutup minyak enjin dan beritahu 'minyak enjin berada paras mencukupi'.

7. Periksa rantai dengan tangan dan beritahu 'rantai berada dalam keadaan baik dan tidak longgar'

Empat (4) perkara pula berada di bahagian dalam motosikal seperti berikut:

8. Periksa petrol dan penutup petrol dengan membuka penutup petrol dan menutup semula kemudian beritahu 'petrol berada pada paras mencukupi dan penutup petrol dalam keadaan baik'

9. Periksa dokumen motosikal (road tax/ lesen kenderaan motor) dan beritahu 'lesen kenderaan motosikal motor ini masih sah dan tarikh tamatnya ialah pada cth: 16 Oktober 2015'

10. Periksa bateri dengan membuka penutup bateri dan beritahu 'bateri dalam keadaan baik kerana saya periksa lampu dan lampu signal tadi menyala atau hon berbunyi'

11. Periksa perkakasan (tools) dengan mengeluarkannya dan beritahu ini adalah perkasasan motosikal; spanar, skru driver, pelaras plug dan #lagi satu tak ingat. Hanya perlu beritahu fungsi setiap tools apabila diminta. 

Tips: Tak perlu ikut turutan dan boleh guna ayat sendiri asalkan bersesuaian.

Lokasi Komponen-komponen Motosikal
Lokasi Komponen Motosikal


C. Rutin Sebelum Memulakan Perjalanan (RSM) ini dilakukan sebelum memulakan ujian Bahagian 2.

Tips: 

Kedua-dua bahagian 2 & 3 ada RSM, tapi kedua-duanya macam lain sikit. Jadi untuk memudahkan, RSM untuk kedua-dua ini boleh disamakan. RSM Bahagian 2 ada 7 step, bahagian 3 ada 8 step seperti berikut:
.
1. Lambai pemeriksa
2. Check brek depan dan belakang
3. Check kunci penalaan, # Kunci penalaan ialah suis penghidup
4. Check panel instrumen
5. Check lampu depan dan belakang
6. Check lampu isyarat kanan dan kiri, depan dan belakang
7. Check cermin pandang belakang kanan dan kiri

Step tambahan untuk bahagian 3:
8. Check tayar selepas lambai pemeriksa, jadi ini sepatutnya step no. 2 untuk bhgn 3.


Step tambahan: sebelum memulakan setiap ujian dalam bhgn 2 perlu bunyikan hon, angkat tangan, tengok cermin sisi dan jauh ke belakang kanan dan kiri, dan beri isyarat tangan ke kanan.

Borang Penilaian Bhgn 2 Part II
.

Borang Penilaian Bhgn 2 Part III

Bahagian 3

Borang Penilaian Bhgn 3 Part I

Tips:

Sebelum memulakan ujian bahagian 3, perlu lakukan RSM dan C. Memulakan Pergerakan Selamat iaitu bunyikan hon, angkat tangan secara seperti huruf L (tapi tangan kanan), lihat cermin sisi dan ke jauh belakang kanan dan kiri, dan beri isyarat tangan ke kanan atau ke kiri seperti  di atas.


Borang Penilaian Bhgn 3 Part II

Tips:

Memberi isyarat lampu/ signal di bulatan:

Sebelum masuk ke bulatan: lampu signal ke kiri
Pada jam 9 di bulatan: lampu signal ke kanan
Pada jam 3 di bulatan: lampu signal ke kiri


Isyarat tangan memperlahankan motosikal:

Tangan ke atas dan ke bawah 3 kali

Ada 2 tempat je di SKEM Gombak yang perlu guna isyarat ini iaitu selepas selekoh masa start dan masa sebelum berhenti nak tamatkan bahagian 3 ini.


Borang Penilaian Bhgn 3 Part III






Sekian, semoga bermanfaat, insha Allah.