Pages

Sunday, June 19, 2016

BM Tingkatan 1-3: Maksud mujarad dan ejaan yang betul untuk perkataan semula jadi

1. Maksud perkataan Mujarad

Mujarad ialah padanan abstract dalam bahasa Melayu dan mujarad juga disebut abstrak. Kami menerima pendefinisian tersebut kerana mujarad ialah perkataan Arab yang bermaksud tidak nampak atau tidak dapat dirasa dan juga bermaksud abstrak.


Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mujarad&d=10



2. Adakah perkataan SEMULAJADI ditulis sebagai semula jadi (jarak) atau semulajadi (rapat)?

Ejaan yang betul ialah semula jadi. Kata majmuk dieja dua perkataan  kecuali beberapa perkataan yang dieja rapat atau dikenali sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu kerana kelaziman penggunaan seperti; antarabangsa, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, tanggungjawab, sukarela, pesuruhjaya, setiausaha, olahraga, suruhanjaya, warganegara, matahari, kakitangan, kerjasama dan beritahu.


Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tidak+semula+jadi&d=10

Saturday, June 11, 2016

Bahasa Malaysia (BM) UPSR - Kata Sendi

Dari guna untuk: ATM, Arah Tempat Masa
Daripada guna untuk: OPA, Orang Perbandingan Asal usul

Contoh ayat:

Hasan lebih gemuk daripada abangnya. (perbandingan)

Zul menendang bola dari penjuru kiri padang. (arah/ tempat)

Air berpunca daripada gabungan hidrogen dan oksigen. (asal usul)


Sumber:


Thursday, October 8, 2015

Science in a Golden Age - Optics: The True Nature of Light

Video dari Al-Jazeera ini agak menarik. Ianya mengenai cahaya, sifat cahaya dan bagaimana sifat itu dibuktikan oleh saintis pada masa lalu terutamanya di Zaman kegemilangan Islam. Saintis Islam, Ibnu Haitham yang pertama membuktikan secara saintifik yang cahaya bergerak secara lurus, imej yang terhasil adalah terbalik dan cahaya dari objek yang membolehkan objek dilihat dan bukan sebaliknya. Ikuti bagaimana eksperimen beliau dibuat semula pada masa kini dalam video di bawah.



Tuesday, September 15, 2015

What Will Happen to Astronaut during his Year in Space

CNET http://www.cnet.com/news/nasa-finally-reveals-what-happens-to-astronaut-poop/

Berikut adalah antara perkara yang dilalui oleh angkasawan ketika setahun berada di angkasa. Tahi rupanya dibuang je ke luar dan akan terbakar seperti tahi bintang, haha. Ini setahun, tapi kalau tinggal seminggu je, rasenye tak perlu kot minum air yang dikitar semula dari air kencing dan peluh.