Pages

Sunday, June 19, 2016

BM Tingkatan 1-3: Maksud mujarad dan ejaan yang betul untuk perkataan semula jadi

1. Maksud perkataan Mujarad

Mujarad ialah padanan abstract dalam bahasa Melayu dan mujarad juga disebut abstrak. Kami menerima pendefinisian tersebut kerana mujarad ialah perkataan Arab yang bermaksud tidak nampak atau tidak dapat dirasa dan juga bermaksud abstrak.


Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mujarad&d=10



2. Adakah perkataan SEMULAJADI ditulis sebagai semula jadi (jarak) atau semulajadi (rapat)?

Ejaan yang betul ialah semula jadi. Kata majmuk dieja dua perkataan  kecuali beberapa perkataan yang dieja rapat atau dikenali sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu kerana kelaziman penggunaan seperti; antarabangsa, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, tanggungjawab, sukarela, pesuruhjaya, setiausaha, olahraga, suruhanjaya, warganegara, matahari, kakitangan, kerjasama dan beritahu.


Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tidak+semula+jadi&d=10

1 comment: