Pages

Tuesday, October 28, 2014

Hutang Kerajaan Persekutuan dari 2010 hingga Jun 2014

Petikan akhbar BHOnline:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kedudukan hutang kerajaan itu kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Najib berkata hutang Kerajaan Persekutuan tahun lepas adalah sebanyak RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK, manakala bagi 2012 pula sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.
"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK (dan) 2011 sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus," katanya.
Najib berkata sehingga kini, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
Beliau berkata, ia merupakan hasil daripada pengurusan hutang secara berhemat apabila pinjaman dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang, yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan.
"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," kata beliau.
- BERNAMA

Hutang Kerajaan Persekutuan
2010: RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK
2011: RM456.1 bilion atau 51.5 peratus daripada KDNK
2012: RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK
2013: RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK
 2014 (setakat akhir Jun): RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK
KDNK boleh dianggap sebagai pendapatan sesebuah negara itu seperti gaji bagi individu.
Jika kita lihat dari tahun 2010 hingga 2014, hutang kerajaan bertambah dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapon, ada positif apabila kita lihat peratus hutang negara berbanding KDNK pada 2014 (setakat Jun) menurun berbanding peratus yang meningkat dari 2010 ke tahun 2013. Harap peratus ini dapat dikekalkan atau diperbaiki hingga ke hujung tahun dan pada tahun-tahun akan datang.

Monday, October 27, 2014

Jangkaan Perolehan Hasil Jualan Tiket Untuk Final Piala Malaysia 2014

Petikan akhbar:

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 40,000 keping tiket masing-masing kepada penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Pahang untuk aksi final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 November ini.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya akan menyerahkan tiket berkenaan kepada persatuan bola sepak kedua-dua pasukan, petang esok sebelum mula dijual kepada penyokong masing-masing pada Rabu dan Khamis ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Perlawanan Akhir berkata, baki 10,000 keping tiket akan dijual secara dalam talian menerusi laman web www.tickethotline.com.my bermula Rabu ini dan ia boleh ditebus keesokan hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tiket bagi dewasa ditetapkan pada kadar RM40 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun sebanyak RM5.
“Setiap penonton hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket sahaja. Memandangkan kita tidak membuka kaunter tiket pada hari perlawanan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini, saya mengharapkan persatuan bola sepak kedua-dua pasukan melaksanakan penjualan tiket seadilnya kepada penyokong masing-masing,” kata Afandi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_37.htm#ixzz3HMaRdAEx 
Hakcipta terpelihara 



Matematiknya:

Jumlah tiket yang akan dijual = 40,000 (penyokong Pahang) + 40,000 (penyokong JDT) + 10,000 (dijual atas talian)
                                               = 90,000


Situasi 1Katakan jualan adalah 80,000 penonton dewasa dan 10,000 penonton kanak-kanak 

Jadi jangkaan perolehannya ialah: 

80,000 X RM40 (harga tiket dewasa) + 10,000 X RM5 (harga tiket kanak-kanak)
= 3,200,000 + 50,000 = RM 3,250,000 atau RM3.25 juta

Situasi 2: Katakan jualan adalah 70,000 penonton dewasa dan 20,000 penonton kanak-kanak 

Jadi jangkaan perolehannya ialah: 

70,000 X RM40 (harga tiket dewasa) + 20,000 X RM5 (harga tiket kanak-kanak)
= 2,800,000 + 100,000 = RM 2,900,000 atau RM2.9 juta


Situasi 3: Katakan jualan adalah 60,000 penonton dewasa dan 30,000 penonton kanak-kanak 

Jadi jangkaan perolehannya ialah: 

60,000 X RM40 (harga tiket dewasa) + 30,000 X RM5 (harga tiket kanak-kanak)
= 2,400,000 + 150,000 = RM 2,550,000 atau RM2.55 juta


p/s: Banyak juga jangkaan perolehannya, tak pasti duit itu pergi ke mana, FAM, pihak stadium atau pihak lain.






Monday, October 13, 2014

Projek Tabung Pendidikan Iqra'

                                                             بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



PENGENALAN


Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) ini merupakan satu program jangka panjang yang dilancarkan oleh Projek Iqra’ untuk membiayai pelan pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Matlamat akhir program ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada golongon sasar. Projek Iqra’ percaya jika seorang daripada anak dalam keluarga yang kurang mampu ini berjaya, ianya dapat mengubah nasib keluarga tersebut keluar daripada kemelut kemiskinan.


Pada tahun 2013, seramai 14 orang golongan sasar telah didaftarkan dibawah program Tabung Pendidikan Iqra’ 2013 (TPI 2013).


SENARIO



Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan apabila berusia 18 tahun akan terpaksa berdikari dan tidak lagi dibenarkan menetap dirumah kebajikan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan pada usia tersebut adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu tanpa simpanan pendidikan, ramai antara anak-anak ini mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran juga mempunyai kesukaran mendapatkan wang samada untuk meneruskan belajar dalam bidang kemahiran atau memulakan perniagaan (start-up).


Tabung Pendidikan Iqra’ 2014 (TPI 2014) merupakan satu pelan pendidikan yang akan memberikan mereka tunai pada usia 18 sebagai tiket untuk mereka melangkah ke dunia sebenar dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka, keluar dari kemelut kemisikinan.


OBJEKTIF



http://www.projekiqra.com/cs_cause/tabung-pendidikan-iqra-2014/#sthash.rJjPZIzA.dpbs

1. Menyenaraikan 30 calon-calon yang layak sebagai penerima TPI 2014 yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf yang tinggal bersama keluarga mereka di komuniti Nilai, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
2. Mengumpulkan dana bagi menaja setiap penerima TPI 2014 dengan kadar RM1200 seorang untuk 30 orang anak-anak bagi tempoh setahun. Jumlah yang disasarkan adalah RM 36,000
3. Mengumpulkan dana bagi membiayai penerima TPI 2013 seramai 14 orang yang terdiri daripada anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan berjumlah RM 16,800.

4. Dana ini akan ditaja jamin oleh Great Eastern Takaful sehingga penerima TPI berusia 18 tahun dimana boleh digunakan untuk menyambung kehidupan selepas usia 18 tahun.


KESIMPULAN

Tabung Pendidikan IQRA’ 2014 ini adalah program menyediakan satu pelan pendidikan untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada anak-anak yang memerlukan, terutama mereka yang yatim, miskin dan asnaf samada yang tinggal di rumah kebajikan atau bersama keluaga di komuniti setempat. Kerjasama dari yang diwujudkan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang untuk golongan sasar ini membina masa depan yang lebih baik selain sebagai agenda pembangunan modal insan dan menggerakkan kesedaran terhadap pelajaran mereka yang kurang diambil peduli oleh masyarakat.


Video di bawah menerangkan mengenai Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) dengan lebih menarik:

 


Prophet Muhammad (peace be upon him) said "Give charity without delay for it stands in the way of calamity." (Tirmidhi) 

We pray that Allah keeps us all away from calamity and may Allah accept from us. Ameen.


Untuk penajaan & maklumat lanjut KLIK : http://bitly.com/tabungpendidikaniqra