Pages

Monday, October 13, 2014

Projek Tabung Pendidikan Iqra'

                                                             بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



PENGENALAN


Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) ini merupakan satu program jangka panjang yang dilancarkan oleh Projek Iqra’ untuk membiayai pelan pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Matlamat akhir program ini adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada golongon sasar. Projek Iqra’ percaya jika seorang daripada anak dalam keluarga yang kurang mampu ini berjaya, ianya dapat mengubah nasib keluarga tersebut keluar daripada kemelut kemiskinan.


Pada tahun 2013, seramai 14 orang golongan sasar telah didaftarkan dibawah program Tabung Pendidikan Iqra’ 2013 (TPI 2013).


SENARIO



Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan apabila berusia 18 tahun akan terpaksa berdikari dan tidak lagi dibenarkan menetap dirumah kebajikan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan pada usia tersebut adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu tanpa simpanan pendidikan, ramai antara anak-anak ini mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran juga mempunyai kesukaran mendapatkan wang samada untuk meneruskan belajar dalam bidang kemahiran atau memulakan perniagaan (start-up).


Tabung Pendidikan Iqra’ 2014 (TPI 2014) merupakan satu pelan pendidikan yang akan memberikan mereka tunai pada usia 18 sebagai tiket untuk mereka melangkah ke dunia sebenar dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka, keluar dari kemelut kemisikinan.


OBJEKTIF



http://www.projekiqra.com/cs_cause/tabung-pendidikan-iqra-2014/#sthash.rJjPZIzA.dpbs

1. Menyenaraikan 30 calon-calon yang layak sebagai penerima TPI 2014 yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir, miskin dan asnaf yang tinggal bersama keluarga mereka di komuniti Nilai, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
2. Mengumpulkan dana bagi menaja setiap penerima TPI 2014 dengan kadar RM1200 seorang untuk 30 orang anak-anak bagi tempoh setahun. Jumlah yang disasarkan adalah RM 36,000
3. Mengumpulkan dana bagi membiayai penerima TPI 2013 seramai 14 orang yang terdiri daripada anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan berjumlah RM 16,800.

4. Dana ini akan ditaja jamin oleh Great Eastern Takaful sehingga penerima TPI berusia 18 tahun dimana boleh digunakan untuk menyambung kehidupan selepas usia 18 tahun.


KESIMPULAN

Tabung Pendidikan IQRA’ 2014 ini adalah program menyediakan satu pelan pendidikan untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada anak-anak yang memerlukan, terutama mereka yang yatim, miskin dan asnaf samada yang tinggal di rumah kebajikan atau bersama keluaga di komuniti setempat. Kerjasama dari yang diwujudkan ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang untuk golongan sasar ini membina masa depan yang lebih baik selain sebagai agenda pembangunan modal insan dan menggerakkan kesedaran terhadap pelajaran mereka yang kurang diambil peduli oleh masyarakat.


Video di bawah menerangkan mengenai Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI) dengan lebih menarik:

 


Prophet Muhammad (peace be upon him) said "Give charity without delay for it stands in the way of calamity." (Tirmidhi) 

We pray that Allah keeps us all away from calamity and may Allah accept from us. Ameen.


Untuk penajaan & maklumat lanjut KLIK : http://bitly.com/tabungpendidikaniqra

No comments:

Post a Comment