Pages

Tuesday, November 4, 2014

Kutipan cukai oleh LHDN 2010 - 2014

Petikan akhbar:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM142 bilion tahun depan bersandarkan kepada trend jumlah kutipan cukai yang meningkat setiap tahun sejak 2010.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, pada 2010 kutipan cukai ialah RM86 bilion, 2011 (RM109 bilion), 2012 (RM125 bilion) dan 2013 sebanyak RM129 bilion.

Tahun ini, Kementerian Kewangan menetapkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion dan LHDN telah mengumpul kira-kira RM134 bilion,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sambutan Hari Inovasi LHDN 2014 di Cyberjaya, semalam.

Menurutnya, LHDN menjalankan pelbagai inovasi untuk memudahkan rakyat membayar cukai termasuk pengenalan e-filing iaitu perkhidmatan pembayaran cukai secara dalam talian serta perkhidmatan elektronik Ez-Hasil yang merangkumi pelbagai perkhidmatan bagi urusan percukaian.
Ahmad berkata, usaha itu membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pembayaran cukai setiap tahun.

Mengenai skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan, Ahmad berkata, keputusan itu masih belum dimuktamadkan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, skim itu akan dibahagikan kepada tiga peringkat bergantung kepada pendapatan bulanan.

Husni berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan akan terus menikmati subsidi bahan api manakala yang berpendapatan lebih RM10,000, tidak layak. - BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6356#sthash.PnwcCcm3.dpuf atau http://www.hmetro.com.my/node/6356


Jumlah Kutipan Cukai oleh LHDN dari Tahun 2010 - 2014

2010: RM86 bilion
2011: RM109 bilion (penambahan RM23 bilion dari tahun sebelumnya)
2012: RM125 bilion (penambahan RM16 bilion dari tahun sebelumnya)
2013: RM129 bilion (penambahan RM4 bilion dari tahun sebelumnya)
2014: RM134 bilion (penambahan RM5 bilion dari tahun sebelumnya)
(setakat ini? Tidak dinyatakan setakat bulan berapa?), Sasaran 2014: RM140 bilion
Sasaran 2015: RM142 bilion

Kutipan cukai oleh LHDN bertambah dari tahun ke tahun untuk tahun-tahun sebelum GST dilaksanakan. Bagaimana pula jumlah kutipan untuk tahun depan apabila GST akan dilaksanakan pada April 2015.

No comments:

Post a Comment