Nota: Artikel ini adalah mengikut peraturan pada masa artikel ini ditulis (tahun 2015), mungkin ada perubahan dari masa ke masa yang dibuat oleh pihak JPJ, sila rujuk cikgu memandu anda untuk peraturan yg tepat dan terkini.
Gambar-gambar ini diambil di SKEM Gombak. Untuk tulisan yang lebih jelas, 'right-click' pada gambar dan 'open in new tab'.
Bahagian 2
Bahagian 2: Meniti di atas simen |
> Gunakan satu gear sahaja (1 atau 2)
Bahagian 2: Menunggang antara kon |
Bhgn 2: Membrek kecemasan |
Tips dari Cikgu SKEM:
> Mula dengan gear 1 dan di separuh jalan tukar ke gear 2
> Berhenti selari dengan tiang di kiri litar di SKEM Gombak
Bhgn 2: Menunggang di laluan tidak rata |
Bhgn 2: Pusingan Angka 8 |
Bhgn 2: Menunggang di selekoh tajam |
Tips:
Selepas habis bahagian 2, angkat tangan, tidak perlu bunyikan hon dan terus ke Checkpoint 3, bebaskan gear, matikan enjin, tongkat dan berdiri sebelah motor dan menghadap pemeriksa di menara tinjauan. Apabila dah terima arahan, bawa motor ke kawasan letak motor.
Borang Penilaian Bhgn 2 Lesen Motosikal Part I |
Tips Cikgu SKEM:
Untuk B. Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)/ Rutin Pemeriksaan Motosikal (RPM):
Yang ini baru diperkenalkan dimana pelajar/ pengambil ujian kena cakap/ beritahu penilai/ pemeriksa 11 perkara berikut:
Tujuh (7) perkara di bahagian luar motosikal:
1. Periksa tayar depan dan belakang dengan menekan tayar dengan kedua-dua tangan dan cakap 'Keadaan fizikal tayar berada dalam keadaan baik, tekanan angin mencukupi dan bunga pada tayar masih dalam keadaan baik' atau apa-apa sahaja ayat yang berkenaan dan munasabah.
2. Periksa kedua-dua cermin sisi dan beritahu pemeriksa 'Kedua-dua cermin sisi tidak pecah dan dalam keadaan baik'.
3. Periksa lampu depan dan belakang dan beritahu 'lampu depan dan belakang menyala dan dalam keadaan baik'.
4. Periksa lampu isyarat/ signal depan dan belakang dan beritahu 'lampu isyarat depan dan belakang menyala dan berfungsi dengan baik'
5. Periksa nombor plat kenderaan depan dan belakang kemudian beritahu, 'Nombor plat dalam keadaan baik dan No. plat motosikal ini adalah cth: XXX 1234'
6. Periksa minyak enjin dengan mengeluarkan penutup minyak enjin dan beritahu 'minyak enjin berada paras mencukupi'.
7. Periksa rantai dengan tangan dan beritahu 'rantai berada dalam keadaan baik dan tidak longgar'
Empat (4) perkara pula berada di bahagian dalam motosikal seperti berikut:
8. Periksa petrol dan penutup petrol dengan membuka penutup petrol dan menutup semula kemudian beritahu 'petrol berada pada paras mencukupi dan penutup petrol dalam keadaan baik'
9. Periksa dokumen motosikal (road tax/ lesen kenderaan motor) dan beritahu 'lesen kenderaan motosikal motor ini masih sah dan tarikh tamatnya ialah pada cth: 16 Oktober 2015'
10. Periksa bateri dengan membuka penutup bateri dan beritahu 'bateri dalam keadaan baik kerana saya periksa lampu dan lampu signal tadi menyala atau hon berbunyi'
11. Periksa perkakasan (tools) dengan mengeluarkannya dan beritahu ini adalah perkasasan motosikal; spanar, skru driver, pelaras plug dan #lagi satu tak ingat. Hanya perlu beritahu fungsi setiap tools apabila diminta.
Tips: Tak perlu ikut turutan dan boleh guna ayat sendiri asalkan bersesuaian.
Lokasi Komponen-komponen Motosikal |
Lokasi Komponen Motosikal |
C. Rutin Sebelum Memulakan Perjalanan (RSM) ini dilakukan sebelum memulakan ujian Bahagian 2.
Tips:
Kedua-dua bahagian 2 & 3 ada RSM, tapi kedua-duanya macam lain sikit. Jadi untuk memudahkan, RSM untuk kedua-dua ini boleh disamakan. RSM Bahagian 2 ada 7 step, bahagian 3 ada 8 step seperti berikut:
.
1. Lambai pemeriksa
2. Check brek depan dan belakang
3. Check kunci penalaan, # Kunci penalaan ialah suis penghidup
4. Check panel instrumen
5. Check lampu depan dan belakang
6. Check lampu isyarat kanan dan kiri, depan dan belakang
7. Check cermin pandang belakang kanan dan kiri
Step tambahan untuk bahagian 3:
8. Check tayar selepas lambai pemeriksa, jadi ini sepatutnya step no. 2 untuk bhgn 3.
Step tambahan: sebelum memulakan setiap ujian dalam bhgn 2 perlu bunyikan hon, angkat tangan, tengok cermin sisi dan jauh ke belakang kanan dan kiri, dan beri isyarat tangan ke kanan.
Borang Penilaian Bhgn 2 Part II |
Borang Penilaian Bhgn 2 Part III |
Bahagian 3
Borang Penilaian Bhgn 3 Part I |
Sebelum memulakan ujian bahagian 3, perlu lakukan RSM dan C. Memulakan Pergerakan Selamat iaitu bunyikan hon, angkat tangan secara seperti huruf L (tapi tangan kanan), lihat cermin sisi dan ke jauh belakang kanan dan kiri, dan beri isyarat tangan ke kanan atau ke kiri seperti di atas.
Borang Penilaian Bhgn 3 Part II |
Tips:
Memberi isyarat lampu/ signal di bulatan:
Sebelum masuk ke bulatan: lampu signal ke kiri
Pada jam 9 di bulatan: lampu signal ke kanan
Pada jam 3 di bulatan: lampu signal ke kiri
Isyarat tangan memperlahankan motosikal:
Tangan ke atas dan ke bawah 3 kali
Ada 2 tempat je di SKEM Gombak yang perlu guna isyarat ini iaitu selepas selekoh masa start dan masa sebelum berhenti nak tamatkan bahagian 3 ini.
Borang Penilaian Bhgn 3 Part III |
thank you, very helpful :D
ReplyDeleteGOOD TIPS, THANK YOU
ReplyDeleteRSM tu kene cakap jugak ke ?
ReplyDeletekenaa gak
DeleteRSM tu kene cakap jugak ke ?
ReplyDeleteYa
ReplyDeleteTrima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKenape time beljar motor sebelum penilaian cikgu tak suruh buat RSM
ReplyDeleteArtikel ini adalah mengikut peraturan pada masa artikel ini ditulis (tahun 2015), mungkin ada perubahan dari masa ke masa yang dibuat oleh pihak JPJ, sila rujuk cikgu memandu anda untuk peraturan yg tepat dan terkini.
DeleteNak tanya... Masa buat Titi dengan 8 tu boleh tekan brek tak??
ReplyDeleteboleh
DeleteTerima kasih. Sgt mmbantu
ReplyDeleteContoh kalau minggu ni dengar ceramah rpm dan psm selepas tu buat apa ya?
ReplyDeletesori tak pasti, mungkin boleh tanya guru memandu anda
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetutorial ni utk kereta ade x??
ReplyDeletexde, saya cadangkn encik/ cik buat utk kereta, insha Allah memudahkan cik ingat dan bermanfaat kpd yg lain
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteUntuk RSM.. check panel instrumen..apa maksud dia eh.. sya hilang markah masa QTI sebab tu..
ReplyDeleteN untuk bhgian 2 n 3..sya hilang 1 markah kat stiap segmen.. titi..kon..brek..bumper..iaitu x amalkan rutin selamat..sape tau rutin selamat maksud dia apa..thanks
Saya tidak pasti kalau setiap tempat berlainan cara, tetapi di Nilai,Negeri Sembilan (tempat saya belajar) rutin selamat ada 4 iaitu:
Delete1-betulkan(check) keadaan helmet
2-betulkan(check) cermin sisi
3-toleh ke belakang seketika
4-bunyikan hon
Tips ini Masih boleh dipakai pada tahun 2019? Risau kalau2 dah tukar peraturan
ReplyDeletetengok bahagian atas sekali saya ada tulis Nota: Artikel ini adalah mengikut peraturan pada masa artikel ini ditulis (tahun 2015), mungkin ada perubahan dari masa ke masa yang dibuat oleh pihak JPJ, sila rujuk cikgu memandu anda untuk peraturan yg tepat dan terkini.
DeleteThank you very helpful
ReplyDeleteBerapakah diameter untuk bulatan 8 tu ye? Dan brape lebar laluan tersebut?
ReplyDeletesorry, tak tahu
Deletebrek kecemasan Ada tentukan masa..tidal boleh lebih 6 saat ye
ReplyDeletecikgu...nak tanya kalau yg kon tu kan kalau lepas 2 ,2 kon tu pas tak...saya kurang kalau selit 1,1
ReplyDeleteSorry tak tahu, cuba tanya cikgu memandu anda
DeleteKALO 2-2 UNTUK MOTO BFULL,KALO B2 MMG KENA 1-1,
ReplyDeleteHi, Nak tanya kale gagal B full bahagian 3. Lain kali ambil test sekali nak buat semla bahagian tau hanya bahagian 3 saja
ReplyDeleteXtau la
DeleteNak tanya berapa kali bagi signal
ReplyDeleteSorry x psti
DeleteDaripada mana dapat nota2 ni ?
ReplyDeleteMungkin dri SKEM Gombak tu
DeleteNota dapat daripada mana ?
ReplyDelete